Pada 24 Julai dalam tahun 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad telah berkenan mengurniakan gelaran ‘DiRaja’ kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Turut hadir diupacara tersebut ialah Timbalan Perdana Penteri, Tun Abdul Razak bin Hussein; YAB Pesuruhjaya Polis, Dato W.L.R Carbonell dan Pesuruhjaya Polis Singapura, A.E.G. Blades. Dengan kurniaan ‘DiRaja’ ini pasukan polis dikenali dengan nama “Polis DiRaja Persekutuan” atau “The Royal Federation of Malayan Police”. Serentak dengan kurniaan itu juga, bendera baru Polis Di Raja Persekutuan turut dikibarkan. Sesungguhnya Pengurniaan `DiRaja’ itu merupakan satu penghormatan kepada khidmat bakti cemerlang dan kesetiaan pasukan polis sejak penubuhannya pada 1807 dalam usaha memelihara keamanan, keharmonian dan ketenteraman rakyat dan negara.
Sumber: Arkib Negara Malaysia