KESELAMATAN PEKERJAAN DI MALAYSIA

Tugas keselamatan pekerjaan yang mula-mula dilaksanakan di Malaysia ialah pada tahun 1878, di mana En. William Givan telah dilantik sebagai Pemeriksa Jentera. Beliau ditugaskan untuk memeriksa keselamatan dandang stim yang ketika itu kebanyakannya digunakan di lombong-lombong bijih timah. Pada sekitar tahun 1890an, kerajaan Negeri Perak telah melaksanakan sistem pemeriksaan oleh orang perseorangan, di mana orang perseorangan yang mempunyai kelayakan dalam bidang dandang stim diberi lesen perlantikan sebagai boiler surveyor Pada tahun 1892 terdapat 83 dandang stim di Negeri Perak. Kesemua dandang digunakan di lombong bijih timah melainkan 6 unit yang digunakan di kilang gula. Sistem boiler surveyor telah ditamatkan pada tahun 1900 dengan terlantiknya En. C. Finchman sebagai Inspector of Boiler.

Enakmen-enakmen dandang stim pada ketika ini bersifat kenegerian yang mana keempat-empat negeri di bawah Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan) mempunyai perundangan dandangnya yang tersendiri. Perundangan dandang yang pertama adalah dipercayai di Negeri Selangor, iaitu Selangor Boiler Enactment 1892 . Manakala di Perak pula perundangan dandang stim yang pertama dikuatkuasakan ialah pada tahun 1903. Pada tahun 1908 barulah kesemua Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai perundangan dandang mereka masing-masing, dan kesemua pemeriksa pada ketika itu dikenali sebagai ‘Inspector of Boiler’.

Masa kini, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) ialah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan melindungi orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor iaitu:

  • Pengilangan
  • Perlombongan dan Pengkuarian
  • Pembinaan
  • Hotel dan Restoran
  • Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
  • Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi
  • Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun
  • Kemudahan – Gas, Elektrik, Air dan Perkhidmatan Kebersihan
  • Kewangan, Insuran, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan
  • Perniagaan Borong dan Runcit

Jabatan merupakan agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk mentadbir dan menguatkuasakan perundangan mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di negara ini dengan wawasan menjadi sebuah organisasi yang menerajui negara dalam membentuk budaya kerja selamat dan sihat ke arah mempertingkatkan kualiti hidup semasa bekerja.

Sumber : www.dosh.gov.my

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut