SERANGAN PERTAMA PORTUGIS KE ATAS MELAKA

Pada hari ini (25 Julai) dalam tahun 1511, Melaka telah diserang buat pertama kali oleh askar-askar Portugis yang diketuai oleh Alfonso D’Albuquerque. Serangan tercetus ekoran daripada tiada tolak ansur di antara Sultan Mahmud dengan orang-orang Portugis mengenai orang-orang tahanan Portugis. Askar-askar Portugis dengan menaiki beberapa buah perahu, melancarkan serangan di waktu subuh di bahagian Utara dan Selatan bandar Melaka. Orang-orang Melayu yang diketuai oleh Sultan Mahmud dan putera baginda Raja Ahmad, berjuang mempertahankan kedaulatan Melaka dari dicerobohi. Dalam pertempuran ini, Istana Sultan Melaka yang menjadi lambang kebesaran Kerajaan Melayu telah musnah manakala askar-askar Portugis berjaya mencapai objektifnya untuk menawan jambatan berhampiran Kuala Sungai Melaka. Askar-askar Portugis membuat kubu di kedua-dua hujung jambatan itu, namun mereka dihujani dengan tembakan meriam, tombak dan sumpitan beracun dari orang-orang Melayu. Serangan tanpa henti ini menyebabkan askar-askar Portugis berundur.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …