OPERASI BAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA DARI BANGLADESH LANCAR

Operasi membawa pulang 123 rakyat Malaysia dari Bangladesh menerusi penerbangan khas atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai 2024 berjalan lancar.

Seramai 123 rakyat Malaysia termasuk 80 pelajar, berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal Dhaka dengan menaiki penerbangan khas AirAsia pada 11.05 pagi waktu Bangladesh dan tiba di sini pada 4.56 petang.

Misi berkenaan melibatkan 15 pegawai dari Kementerian Luar Negeri, Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara.

Malaysia menjadi negara kedua selepas India yang melakukan pemindahan warganya, berikutan protes di Bangladesh yang telah meragut lebih 130 nyawa sejak pertengahan Julai.

Ribuan pelajar di Bangladesh mengadakan demonstrasi sejak 1 Julai susulan keputusan mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan awam yang dimansuhkan pada 2018.

Kerajaan Bangladesh telah mengenakan perintah berkurung di seluruh negara pada Sabtu, sebagai tindak balas terhadap peningkatan keganasan dan demonstrasi.

 

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut