KERAJAAN PERLU SELIA OPERASI, ASET DAN PERJAWATAN AGENSI PENGUATKUASAAN DI SEMPADAN

Kerajaan perlu memberi perhatian mengenai penyeliaan operasi, aset dan perjawatan berkaitan pengurusan agensi penguatkuasaan di sempadan perairan Malaysia-Thailand, di Kelantan.

Perkara tersebut, perlu ditambah baik supaya dapat meningkatkan kualiti kecekapan di kawasan pintu masuk utama negara ini.

Kerajaan mungkin boleh memberi keutamaan kepada penambahan aset, kerana perkara itu dibangkitkan oleh pihak berkuasa yang bertugas di sempadan negara.

Selain itu, prosedur kerja juga perlu ditambah baik, dalam usaha mengekang gejala rasuah dalam kalangan pihak berkuasa di sempadan perairan negara.

EAIC akan lebih giat menjalankan pengauditan dan pemeriksaan ke atas tatacara kerja dan prosedur operasi standard agensi.

 

Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …