HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN: PENGHARAMAN ANGKATAN PEMUDA INSAF (A.P.I.) DIWARTAKAN

Pada hari ini (17 Julai) dalam tahun 1947, Angkatan Pemuda Insaf atau API yang diharamkan oleh Kerajaan Inggeris telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Malaya Union.

Tindakan mengharamkan pertubuhan yang berhaluan kiri ini adalah mengikut Ordinan Persatuan, 1947 (Societies Ordinance, 1947). Tindakan mengharamkan Angkatan Pemuda Insaf adalah berikutan keadaan tindakan huru hara yang dilancarkan oleh AMCJA-PUTERA serta kegiatan golongan kiri yang dipelopori oleh API. Selepas mengetahui asas-asas perjuangan API yang membahayakan melalui buku ‘Testament Politik API’ yang diterbitkan, maka Kerajaan Inggeris mengambil tindakan mengharamkan API atas sebab-sebab keselamatan. Pengharaman ke atas API memberi erti yang besar terhadap pergerakan ini dan juga terhadap sejarah pergerakan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Ini kerana API adalah pertubuhan politik yang pertama diharamkan oleh Inggeris.

Tindakan Inggeris ini menunjukkan betapa mereka takut terhadap pertubuhan ini dan tidak kepada gerakan-gerakan gerila Parti Komunis Malaya. Tindakan mengharamkan tindakan ini oleh Inggeris juga menunjukkan bahawa API adalah pertubuhan politik berhaluan kiri yang berpengaruh, agresif serta aktif dalam gerakan dan cita-citanya. Keadaan ini dapat menafikan anggaran yang selama ini menganggap orang-orang Melayu terlalu lemah dan bersikap konservatif.

 

Sumber: Arkib Negara Malaysia

 

Matriks Keselamatan Negara: Keselamatan Politik

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut