Kementerian Pengangkutan (MoT) menyatakan sehingga Mei 2024, status kemajuan kerja projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan telah mencapai 79.81 peratus.
Antara cadangan utama bagi Stesen ECRL di Kelantan adalah pembangunan Bandar Baru Tunjong yang merupakan perbandaran baharu untuk kawasan Ketereh manakala di Pasir Puteh merangkumi cadangan pembangunan hab logistik.
Cadangan pelabuhan darat di Bandar Baru Tok Bali pula akan memperkukuh stesen Pasir Puteh sebagai hab kargo untuk Kelantan dan utara Terengganu.
Sumber: Bernama, Berita Harian, Astro Awani