ECO-CRUISE SUNGAI LINGGI JADI ‘CONTOH’ NEGERI LAIN

Bandaraya Melaka – Eco-Cruise Sungai Linggi menjadi penanda aras dan contoh kepada pihak luar berminat untuk melaksanakan atau mewujudkan produk ekopelancongan di negeri masing-masing.

Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Khairunnisa Ibno Masooda berkata, sejak dilancarkan hujung tahun lalu produk ekopelancongan itu menerima jumlah kehadiran pengunjung yang amat memberangsangkan.

Berdasarkan rekod, Khairunnisa berkata, tempahan banyak dibuat oleh pengunjung dari luar Melaka khususnya mereka yang datang secara berkumpulan bagi menikmati keindahan flora dan fauna sambil menelusuri Sungai Linggi.

“Wakil luar Melaka seperti Majlis Daerah Kota Tinggi, Johor; Lawatan Penanda Aras daripada Jabatan Kerajaan Negeri Sembilan; Stesen Televisyen Brunei dan beberapa pihak lain antara yang datang melihat sendiri apa yang ada di Eco-Cruise Sungai Linggi. Produk ekopelancongan Melaka ini menjadi contoh kepada orang luar.

“Dimaklumkan Eco-Cruise Sungai Linggi yang mempunyai tiga atau empat ‘pitstop’ itu agak terkenal di platform sosial media dalam kalangan pengunjung luar khususnya dari Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Khairunnisa berkata bermula Januari hingga 7 Julai lalu, seramai 1,300 pengunjung telah direkodkan menaiki Eco-Cruise Sungai Linggi.

“Saya yakin produk pelancongan baharu ini akan menggamit lebih ramai pengunjung domestik dan antarabangsa khusus menjelang musim cuti persekolahan.

“Kami telah menerima beberapa tempahan awal membabitkan pelajar dan guru sekolah dalam dan luar negeri,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …