HARI INI DALAM SEJARAH KESELAMATAN NEGARA: PENJUALAN BON PERTAHANAN NEGARA DILANCARKAN DISELURUH NEGARA

Pada hari ini (14 Julai) dalam tahun 1965, penjualan Bon  Pertahanan Negara, dilancarkan di seluruh negara. Penjualan bon itu dilakukan di pejabat-pejabat pos, pusat penjualan saham (stockbrokers), bank-bank perdagangan dan Bank Negara.

Penjualan bon itu bertujuan mendapatkan sumbangan kewangan bagi membantu pertahanan Malaysia. Kerajaan menjalankan beberapa langkah bagi menampung perbelanjaan negara yang kian meningkat untuk memenuhi kepentingan pertahanan dan pembangunan negara.

Menteri Kewangan, YB. Tan Siew Sin, menyeru kepada orang ramai supaya membeli Bon Pertahanan Negara untuk membuktikan kesetiaan kepada kerajaan, negara dan juga bagi menjamin keselamatan masa depan mereka. Seruan ini telah dibuat melalui radio dan televisyen ke seluruh negara. Bon-bon itu boleh dibeli dengan harga $50 ringgit setiap satu. Penjualan bon ini mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada orang ramai dengan mengumpul hasil jualan sebanyak $1,809,500 ringgit dalam tempoh tiga hari.

 

Sumber: Arkib Negara Malaysia

 

Matriks Keselamatan Negara: Keupayaan Cegah Rintang Komprehensif

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …