KESAN GEMPA BUMI DI MINDANAO, KAKITANGAN WISMA PERSEKUTUAN TAWAU DIARAH KELUAR BANGUNAN

TAWAU: Semua kakitangan Wisma Persekutuan Tawau, di sini, diarah keluar dari bangunan itu selepas berlaku gegaran susulan gempa bumi di Mindanao, Filipina, pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan I Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Suheizan Sahak ketika ditemui berkata, bilik kawalan menerima panggilan kecemasan pada jam 10.47 pagi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bomba bersama dua buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk membuat tinjauan di bangunan Wisma Persekutuan Tawau.

“Sebaik tiba di lokasi mendapati semua penghuni Wisma Persekutuan Tawau berkenaan sudah keluar dan berkumpul di hadapan bangunan berkenaan kerana turut merasai gegaran.

“Kami telah membuat taklimat terhadap semua ketua-ketua jabatan di bangunan ini untuk keselamatan semua penghuni,” katanya.

Pasukan bomba membuat pemeriksaan dan pemantauan keselamatan di Wisma Persekutuan Tawau susulan gempa bumi di Mindanao, Filipina.

Menurutnya, pihak Meteorologi Sabah memaklumkan kemungkinan akan berlaku gempa bumi susulan selepas ini.

Justeru katanya, pihak bomba mengambil keputusan supaya bangunan ini dikosongkan sehingga jam 2 petang atau sehingga Meteorologi Sabah megesahkan keadaan pulih dan selamat.

“Ketika ini pihak bomba sedang memantau di sekitar bangunan Wisma Persekutuan Tawau dan seluruh daerah Tawau terutamanya kawasan bandar.

“Setakat ini tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya. 

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

KAWALAN KESELAMATAN SEMPADAN MARITIM KUDAT PERLU DIPERKUKUH

MESRA: Hajiji diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman berbual dengan barisan tertinggi polis Sabah selepas mesyuarat. KOTA KINABALU: Kerajaan …

HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH BAHARU

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Zul Hadi semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk …

PRN MELAKA KE 16 : PDRM KONTINJEN MELAKA PERKUKUH SINERGI STRATEGIK DEMI KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah menghadiri Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) …