42 KAMPUNG TERPILIH KAMPUNG ANGKAT MADANI, LIBAT PERUNTUKAN RM100 JUTA

SHAH ALAM, 11 JULAI: Sebanyak 42 kampung di seluruh negara terpilih sebagai Kampung Angkat Madani membabitkan peruntukan RM100 juta.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata program kampung angkat merupakan antara kaedah bagi memudahcara dan mempercepat pelaksanaan projek kecil di kampung.

“Kriteria pemilihan kampung adalah kampung yang mempunyai liputan kemudahan bawah 50 peratus atau mempunyai kemudahan asas daif dan tidak lengkap serta memerlukan perhatian khusus.

“Setiap kampung menerima agihan peruntukan maksimum sehingga RM2.5 juta. Sehingga 10 Julai lalu, Kementerian Kewangan salurkan RM86.3 juta kepada agensi terlibat meliputi 35 kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (Pekan-BN) berhubung matlamat pelaksanaan Kampung Angkat Madani dan kriteria pemilihannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Amir Hamzah menambah, terdapat dua jenis penumpuan yang diberikan kepada Kampung Angkat Madani iaitu berbentuk fizikal dan bukan fizikal.

Jelasnya, projek fizikal membabitkan penambahbaikan jalan kampung, lampu jalan, bekalan air, capaian Internet, membaiki jambatan atau titi dan sebagainya.

“Manakala projek bukan fizikal pula adalah seperti bantuan pengesahan di kawasan setempat seperti pendaftaran program bantuan, perkhidmatan saringan kesihatan dan program bimbingan,” katanya.

Kampung Angkat Madani merupakan inisiatif perdana menteri menerusi Belanjawan 2024 untuk meningkatkan capaian kemudahan asas secara holistik menerusi pendekatan ‘Whole of Government’.

Artikel/Berita Terkini

HEBAT: RAKYAT MELAKA PUAS DAPAT BERTEMU PEMIMPIN LUAH MASALAH

Seri Negeri – Rakyat Melaka meluahkan rasa syukur dan gembira apabila diberikan peluang bertemu pemimpin secara langsung pada Hari Ahli …

OPERASI LORONG KOSONG (Ops LOKOS) MBMB

Melaka Tengah – Operasi Lorong Kosong (Ops LOKOS) MBMB Bil. 21 Tahun 2025 anjuran Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB …

SARAPAN BUKAN SEKADAR MAKAN – IA PELINDUNG KESIHATAN ANDA

Sarapan Bukan Sekadar Makan – Ia Pelindung Kesihatan Anda! Ramai yang abaikan sarapan sebab sibuk. Tapi sarapan penting untuk: 🔋 …