NEGERI SEMBILAN TINGKAT USAHA TARIK LAPAN JUTA PELANCONG

Kerajaan Negeri Sembilan terus melipatgandakan usaha memperkasakan program pelancongan, bagi menarik kedatangan orang ramai sekali gus memastikan hasrat lapan juta pengunjung pada tahun ini berjaya dicapai. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan,  usaha itu termasuk menerusi program Hos Komuniti Tempatan, iaitu kerjasama dengan masyarakat bagi melatih penduduk setempat mengurus dan mempromosi produk pelancongan persekitarannya.

Menurut beliau, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan juga giat mempromosi pelbagai program seperti jualan dan pameran dalam dan luar negara, sesi niaga ke niaga selain kerjasama dengan pemain industri pelancongan serta promosi dalam media sosial. Semua pihak termasuk rakyat perlu sama-sama membantu menarik kedatangan pelancong ke negeri ini kerana banyak produk pelancongan yang ditawarkan. Sejajar dengan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 (TMNS 2026) juga, kita akan terus tingkatkan pembangunan produk pelancongan di setiap daerah. Selain itu, penganjuran acara pelancongan juga memainkan peranan penting dalam sektor pelancongan kerana ia memberikan pengunjung alasan untuk menempah perjalanan atau melanjutkan percutian melalui acara menarik yang ditawarkan di setiap daerah.  Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan bersama jabatan atau agensi di negeri ini turut merancang acara di bawah Kalendar Acara Pelancongan yang bukan hanya melibatkan penyertaan tempatan, malah antarabangsa seperti acara Pesta Bola Ngoca dan Trans Naning Ultra NS Challenge.

Berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Sembilan menerima 11.49 juta pelawat tempatan pada 2022, berbanding 5.49 juta pelawat pada tahun sebelumnya. Kajian Tourism Malaysia bagi tempoh Januari hingga September 2023 pula menunjukkan 1.77 juta pelancong menginap di hotel-hotel sekitar negeri, katanya. Pihaknya berharap melalui usaha yang dibuat kerajaan negeri ketika ini, kita mampu meningkatkan jumlah pelancong ke Negeri Sembilan dan sasaran kita pada tahun ini untuk menarik kedatangan lapan juta atau lebih pelancong akan tercapai.

Sumber : Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …