PENDUDUK RESAH BANJIR KILAT BERULANG

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diharap dapat menilai keperluan menangani masalah banjir kilat yang terus berulang di Kampung Blok C dan B, Ampangan di Seremban. Menurut Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke,  kedua-dua penempatan itu yang terletak di pinggir Sungai Linggi kerap dilanda banjir kilat setiap kali hujan lebat. Penduduk resah setiap kali hujan lebat kerana kediaman mereka mudah dinaiki air banjir.

Satu Rancangan Tebatan Banjir (RTB) jangka panjang perlu diadakan di penempatan terbabit untuk memastikan kejadian banjir kilat tidak terus berulang. Pihaknya juga harap jalan penyelesaian jangka panjang dapat diadakan di sini oleh JPS bersama-sama dengan kerajaan negeri supaya penduduk kawasan ini tidak lagi terjejas akibat banjir. Walaupun di Seremban banyak kawasan yang sebelum ini terdedah kepada banjir kilat namun banyak yang sudah berjaya diselesaikan.

Pihaknya berharap kawasan ini yang berstatus kawasan hitam kerana banjir kilat dapat diatasi dengan kadar segera. Walaupun setiap kali banjir bantuan diberikan kepada mangsa, namun kerugian yang mereka alami setiap kali ditimpa bencana itu adalah besar. Walaupun melaksanakan projek RTB membabitkan peruntukan besar, namun kerajaan negeri diharap berusaha mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Sumber: Berita Harian

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …