LORI DIPANDU LAWAN ARUS, PEMANDU SALAHKAN GPS

Hanya ikut GPS. Itu alasan diberikan pemandu lori yang dirakam memandu melawan arus di Jalan Persiaran S2/3, Seremban 2.Dia juga memberi alasan tidak biasa dengan jalan di kawasan berkenaan dan terpaksa merujuk GPS atau Sistem Penentududukan Sejagat, iaitu sistem pandu arah satelit.Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, kejadian dipercayai jam 11.39 pagi semalam sebelum satu rakaman video berdurasi 51 saat, tular bermula kira-kira 7.40 malam tadi, memaparkan sebuah lori dipandu melawan arus. Usaha mengesan suspek dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban, membawa kepada penahanan lelaki berumur 54 tahun, iaitu pemandu lori berkenaan pada hari sama bersama sebuah lori. Hasil siasatan mendapati suspek yang pada masa itu membuat penghantaran barang di kawasan Seremban mendakwa tidak menyedari laluan tidak boleh dilalui. Dia mendakwa hanya memandu berpandukan aplikasi GPS kerana tidak biasa dengan laluan di kawasan itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Sarjan Mohamad Azmi di talian 013-4288599 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut