EMPAT ‘SUPERMAN’ JALAN RAYA DITAHAN

Aksi ‘superman’ empat lelaki menunggang motosikal secara berbahaya di daerah ini mengundang padah apabila ditahan polis pada Ahad. Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed, kesemua mereka berusia antara 19 hingga 28 tahun itu ditahan dalam Ops Samseng Jalanan.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Port Dickson telah mengesan empat lelaki melakukan aksi merbahaya ala superman dengan meniarap di atas motosikal di atas jalan raya di kawasan pentadbiran IPD Port Dickson. Aksi tersebut bukan saja berbahaya kepada diri sendiri, tetapi juga orang lain. Kesemua mereka telah ditahan dan dibawa ke IPD Port Dickson untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis sangat komited dalam membanteras budaya tidak sihat dalam kalangan pengguna jalan raya yang mengganggu gugat kelestarian pengguna jalan raya lain. Keselamatan pengunjung yang memandu atau menunggang kenderaan masuk ke Port Dickson sebagai daerah pelancongan terkenal adalah sangat dititikberatkan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …

PENGUATKUASAAN IMIGRESEN TERUS DIPERGIAT

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terus mempergiat operasi penguatkuasaan di seluruh negara bagi membanteras pelanggaran undang-undang imigresen. Sepanjang tempoh 19 hingga …