KAWASAN TERUMBU KARANG DI PANTAU

Kerajaan Negeri Terengganu sedang menguatkuasakan langkah-langkah untuk memantau aktiviti manusia di kawasan terumbu karang bagi mengelakkan kelunturan kritikal terhadap khazanah berharga itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris, langkah itu adalah penting dalam usaha memastikan kelestarian terumbu karang yang semakin terancam akibat aktiviti manusia seperti pelancongan dan perikanan.

Tambahan lagi, pemantauan yang berterusan dapat membantu dalam mengenal pasti impak negatif yang mungkin berlaku terhadap ekosistem terumbu karang dan kerjasama yang berterusan dengan agensi-agensi berkaitan dalam memastikan setiap aktiviti manusia di kawasan ini berada dalam sempadan yang selamat dan berkesan.

Selain itu, sistem pemantauan akan meliputi penggunaan teknologi terkini seperti drone dan sistem penglihatan bawah air untuk mengawasi dan merekodkan keadaan terumbu karang secara sistematik. Seterusnya, akan menggalakkan kesedaran awam melalui kempen-kempen pendedahan dan pendidikan, serta memperkenalkan peraturan-peraturan yang lebih ketat bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan perlindungan terumbu karang.

Berdasarkan Department of Fisheries (DOF), lebih 50 peratus terumbu karang terjejas telah dikesan, antaranya di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tenggol di Terengganu. Kelunturan batu karang, disebabkan kenaikan suhu air laut, disebabkan oleh perubahan suhu (climate change).

Sumber: TRDI

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut