SYARIKAT PENGHANTARAN MENGENAKAN CAJ TAMBAHAN MELALUI BAYARAN KOD QR DIAMBIL TINDAKAN

#penguatkuasaan PASIR MAS 07 Jul : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Pasir Mas, Kelantan telah menjalankan pemeriksaan dan siasatan aduan terhadap sebuah syarikat penghantaran kurier di Tendong, Pasir Mas, Kelantan pada 05 Julai 2024.
Pengaduan mengenai syarikat penghantaran kurier ini mengenakan caj tambahan kepada pengguna terhadap setiap sampul pembungkusan yang disediakan.
Pasukan menjalankan pemeriksaan mendapati premis ini ada mengeluarkan resit kepada pelanggan dengan bayaran sebanyak RM7.40, tetapi apabila pelanggan membuat pembayaran menggunakan aplikasi QR kod, bayaran dikenakan adalah sebanyak RM7.90.
Caj tambahan yang dikenakan sebanyak RM0.50 sen itu adalah kerana pelanggan menggunakan sampul surat yang dijual oleh syarikat penghantaran tersebut.
Walaubagaimanapun caj tersebut tidak dimasukkan di dalam resit bayaran tersebut kerana resit yang dikeluarkan itu adalah daripada Ibupejabatnya dan tidak boleh diubah.
Dalam pada itu pemilik premis telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(B) Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu memberi gambaran yang mengelirukan mengenai harga dan tidak mengambil langkah yang munasabah untuk menghalang pengguna bergantung pada gambaran itu.
Selanjutnya pasukan mengambil tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Sitaan telah dibuat ke atas perkara berikut salinan transaksi pembayaran, Invoice pembayaran dan salinan pendaftaran syarikat.
Siasatan lanjut akan dijalankan oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Pasir Mas dan fail aduan ini telah dibuka kertas siasatan.
KPDN memberi amaran tegas kepada semua peniaga terutama yang menyediakan kemudahan pembayaran tanpa tunai supaya tidak mengenakan caj tambahan dalam setiap transaksi pengguna.
Peniaga ditegaskan supaya menjalankan perniagaan mereka mengikut etika, peraturan dan undang-undang. Undang-undang tidak membenarkan sekiranya (pembayaran) menggunakan Kod QR (Kod Respons Pantas), transaksi tanpa tunai ini, caj tambahan tidak boleh dikenakan kepada pelanggan.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut