LELAKI WARGA ASING DITAHAN DISYAKI TERLIBAT DALAM PENYELUDUPAN

RANTAU PANJANG 07 Julai : Dalam satu operasi oleh Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Pasir Mas telah berjaya membuat satu tangkapan dan rampasan berkaitan penyeludupan minyak petrol pada jam 9:45 pagi semalam.
Pasukan Operasi Tiris 3.0, menahan dan sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna putih dengan pendaftaran tempatan telah diperiksa di pintu masuk keluar negara ICQS Rantau Panjang, Kelantan dan didapati tangki kenderaannya disyaki telah diubahsuai.
Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan kimpalan pada bahagian atas tangki yang dapat dilihat dengan jelas di bahagian bawah tempat duduk penumpang belakang. Kenderaan tersebut membawa anggaran 60 liter minyak petrol yang disyaki untuk tujuan penyeludupan, dengan anggaran nilai RM123.00.
Suspek, seorang lelaki warganegara asing, telah ditangkap bersama kenderaan tersebut. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Nilai keseluruhan rampasan, termasuk kenderaan dan minyak petrol, dianggarkan berjumlah RM3,123.00.

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut