TAHUKAH ANDA: KALENDAR MUSIM DURIAN DI MALAYSIA.

Tahukah anda, bulan Julai amat sinonim dengan Musim Durian, raja segala buah. Di dalam negara sahaja, buah ini boleh didapati hampir di semua negeri. Munculnya warung-warung kecil menjadi lokasi penggemar durian menikmati buah yang unik ini dengan penuh selera dan kenikmatan merupakan pemandangan yang biasa kita lihat tatkala tibanya Musim Durian.

DURIAN ย (Durio zibethinus Murr) merupakan raja segala buah yang mempunyai kalendar mengeluarkan bunga dan buah secara bermusim setiap tahun. Kalendar musim durian akan disediakan oleh pihak tertentu dinegara terlibat untuk dijadikan panduan bagi rujukkan oleh penanam, peraih, pengumpul, penjual dan pengekspot buah durian didalam perancangan pengendalian lepas tuai buah durian. Buah durian yang bermusim ini menyebabkan buah ini hanya popular dan dimakan (Consumed) oleh ย masyarakat dikawasan Asia Tenggara sahaja kerana buah durian mudah rosak serta memerlukan kos tinggi untuk pasaran luar.

Kalendar musim durian berbeza mengikut iklim sebuah negara lokaliti. Di Malaysia, Thailand dan Indonesia yang banyak menanam durian, lazimnya masa untuk pengeluaran bunga dan buah tidak sama. Pokok durian sesuai ditanam serta boleh menghasilkan buah jika berada diantara garisan latitude 10 – 18 darjah di hemispere Utara dan Selatan. Paling istimewa adalah dikawasan latitude 10 darjah daripada garisan khatulistiwa yang mampu berbuah lebih dari dua kali (Malaysia sehingga 3 kali) setahun seperti di Malaysia dan Indonesia.

Kalendar Pengeluaran Buah Durian di Malaysia (kedudukan 7 – 2 darjah Utara) mempunyai 3 kali setahun. Musim pertama durian keluar di Malaysia pada bulan Januari hingga Febuari dan musim kedua lazimnya dari bulan Jun hingga September sementara musim ketiga dari bulan November hingga Disember. Dalam setahun Malaysia mempunyai jangkamasa kutipan buah durian sehingga hampir 8 bulan pengeluaran durian walau pun jumlah pengeluarannya sedikit sahaja pada luar musim (musim pertama dan musim ketiga). Musim kedua penghasilan durian di Malaysia adalah dari bulan Jun hingga September iaitu merupakan musim kemuncak. Masa ini pengeluaran durian memang banyak dimana ia juga dikaitkan sebagai ‘Durian Runtuh’ setiap tahun di Malaysia.

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

โ€œApabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.โ€ Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut