INFO KESIHATAN: BAHAYA MENAHAN KENCING

Ramai individu akan berusaha untuk menahan kencing daripada keluar ekoran beberapa sebab tertentu. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku seperti ketiadaan tandas yang berhampiran, sedang di dalam mesyuarat atau sikap malas untuk bergerak ke bilik air.


Tabiat menahan kencing ini sebenarnya tidak bagus. Ianya mungkin mendatangkan bahaya terhadap kesihatan. Pakar menyarankan untuk individu membuang air kecil sekurang-kurangnya sekali setiap 3 jam. Ini bertujuan supaya pundi kencing tidak terlampau penuh terlalu lama sekaligus memastikan ia mampu berfungsi dengan lebih baik. Perbuatan menahan air kencing daripada keluar selama 1 atau 2 jam mungkin adalah normal bagi kita semua, namun ia masih lagi berisiko.

Pundi kencing yang normal dan sihat boleh menampung sekitar ukuran 2 cawan air kencing sebelum ia dipertimbangkan sebagai ‘penuh’. Tubuh badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 9 ke 10 jam untuk menghasilkan 2 cawan air kencing pada pundi kencing. Namun begitu, tempoh ini adalah terlalu lama.
Bahaya menahan air kecil daripada keluar mungkin tidak akan nampak dengan segera kerana ia lebih bersifat jangka masa panjang. Jika dilakukan berulang kali boleh mendatangkan bahaya pada diri kita. Berikut merupakan beberapa bahaya tahan kencing buat jangka masa panjang:

  • Jika anda tidak mengosongkan pundi kencing sekerap mungkin, ia mungkin akan mengakibatkan jangkitan saluran air kencing (UTI)
  • Jika anda sering melakukannya sebagai tabiat, pundi kencing boleh menjadi lemah lantasmenyebabkan kondisi kencing tidak lawas
  • Apabila anda tahan kencing selama 9 ke 10 jam atau lebih, pundi kencing akan mengalami retensi sekaligus menyebabkan air kecil keluar secara sendiri
  • Dalam beberapa kes, perbuatan ini mungkin boleh menyebabkan pundi kencing pecah

Pakar menyarankan untuk kita membuang air kecil sekurang-kurangnya sekali setiap 3 jam. Ini bertujuan supaya pundi kencing anda tidak terlampau penuh terlalu lama sekaligus memastikan ia mampu berfungsi dengan lebih baik.  Perbuatan menahan kencing selama 1 atau 2 jam mungkin normal bagi kita semua, tapi ia masih lagi berisiko. Apa yang dapat disimpulkan bahawa manusia perlu membuang air kecil dengan kerap agar ia tidak rosak. Secara kiraan purata yang normal, kita perlu kencing sekurang-kurangnya sekali dalam setiap 3 jam untuk mengosongkan pundi kencing. Risiko untuk jangkitan saluran kencing, kencing tidak lawas serta pundi kencing pecah boleh berlaku.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …