SUKARTI WAKIMAN KEKAL PENGERUSI SPANS

KOTA KINABALU: Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman dilantik semula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa 1 Julai 2024.

Beliau menerima watikah pelantikan bafi jawatan itu daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada majlis penyampaian watikah di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Turut menerima watikah ialah bekas Pegawai Daerah Penampang, Datuk Stephen Laison Sondoh yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi SPANS menggantikan Datuk Cladius Roman.

Selain itu, dua muka baharu Ahli SPANS turut menerima watikah pelantikan iaitu Datuk Patrick Tan Su Teck dan Luvita Koisun. Hajiji bersama Jeffrey dan Ahli SPANS yang menerima watikah pelantikan di Menara Kinabalu.

Lima lagi Ahli SPANS adalah penyandang yang dilantik semula iaitu Datuk Idrus Shafie, Datuk Janet Chee Ken Liam, Awang Jami @ Awang Shamsi, Ariffin Gadait dan Iman Ali.

Hadir sama menyaksikan penyerahan watikah ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Zainudin Aman dan Setiausaha SPANS, Diana Daria Amit.

 

.#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …