SEMUA MANGSA BANJIR DIBENAR PULANG, PPS TUTUP SEPENUHNYA

KOTA KINABALU: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di Dewan Pusat Kebudayaan Sabah di Penampang ditutup sepenuhnya jam 5 petang ini selepas semua mangsa dibenarkan pulang.

Ia adalah PPS terakhir yang ditutup selepas tiga PPS iaitu Dewan Sri Putatan di Putatan, Balai Raya Kampung Tutu Selupoh di Tuaran dan Balai Raya Kampung Bontoi di Tamparuli ditutup jam 4 petang tadi.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, pada jam 4 petang tadi, ada seramai 272 mangsa terakhir daripada 90 keluarga masih berada di PPS Dewan Kebudayaan Sabah, Penampang.

“PPS Dewan Kebudayaan Penampang ditutup sepenuhnya pada jam 5 petang ini selepas semua 272 mangsa terakhir yang berada di PPS itu dibenarkan pulang,” katanya.

Secara keseluruhan, empat PPS yang dibuka berikutan banjir sejak petang Ahad lalu menempatkan seramai 503 mangsa banjir daripada 145 keluarga.

Bagaimanapun, beberapa mangsa ada yang dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing sejak semalam selepas situasi banjir di kawasan mereka disahkan pulih.

 

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

𝗢𝗣𝗦 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗥𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) OPS SELERA …
Maklumat Lanjut

KURSUS ASAS PERUNDING KRISIS KEGANASAN

Kursus Asas Perunding Krisis Keganasan telah diadakan pada 7 hingga 9 Julai 2025 betempat di Kem 1 Briged, Rasah. Kursus …
Maklumat Lanjut

𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗗

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Latihan kawad …
Maklumat Lanjut