Ramai individu akan berusaha untuk menahan kencing daripada keluar ekoran beberapa sebab tertentu. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku seperti ketiadaan tandas yang berhampiran, sedang di dalam mesyuarat atau sikap malas untuk bergerak ke bilik air.
Tabiat menahan kencing ini sebenarnya tidak bagus. Ianya mungkin mendatangkan bahaya terhadap kesihatan. Pakar menyarankan untuk individu membuang air kecil sekurang-kurangnya sekali setiap 3 jam. Ini bertujuan supaya pundi kencing tidak terlampau penuh terlalu lama sekaligus memastikan ia mampu berfungsi dengan lebih baik. Perbuatan menahan air kencing daripada keluar selama 1 atau 2 jam mungkin adalah normal bagi kita semua, namun ia masih lagi berisiko.
Pundi kencing yang normal dan sihat boleh menampung sekitar ukuran 2 cawan air kencing sebelum ia dipertimbangkan sebagai βpenuhβ. Tubuh badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 9 ke 10 jam untuk menghasilkan 2 cawan air kencing pada pundi kencing. Namun begitu, tempoh ini adalah terlalu lama.
Bahaya menahan air kecil daripada keluar mungkin tidak akan nampak dengan segera kerana ia lebih bersifat jangka masa panjang. Jika dilakukan berulang kali boleh mendatangkan bahaya pada diri kita. Berikut merupakan beberapa bahaya tahan kencing buat jangka masa panjang:
- Jika anda tidak mengosongkan pundi kencing sekerap mungkin, ia mungkin akan mengakibatkan jangkitan saluran air kencing (UTI)
- Jika anda sering melakukannya sebagai tabiat, pundi kencing boleh menjadi lemah lantasmenyebabkan kondisi kencing tidak lawas
- Apabila anda tahan kencing selama 9 ke 10 jam atau lebih, pundi kencing akan mengalami retensi sekaligus menyebabkan air kecil keluar secara sendiri
- Dalam beberapa kes, perbuatan ini mungkin boleh menyebabkan pundi kencing pecah
Pakar menyarankan untuk kita membuang air kecil sekurang-kurangnya sekali setiap 3 jam. Ini bertujuan supaya pundi kencing anda tidak terlampau penuh terlalu lama sekaligus memastikan ia mampu berfungsi dengan lebih baik.Β Perbuatan menahan kencing selama 1 atau 2 jam mungkin normal bagi kita semua, tapi ia masih lagi berisiko. Apa yang dapat disimpulkan bahawa manusia perlu membuang air kecil dengan kerap agar ia tidak rosak. Secara kiraan purata yang normal, kita perlu kencing sekurang-kurangnya sekali dalam setiap 3 jam untuk mengosongkan pundi kencing. Risiko untuk jangkitan saluran kencing, kencing tidak lawas serta pundi kencing pecah boleh berlaku.