JABATAN AIR KOMPAUN DUA PASAR RAYA DI KUNAK

PERIKSA: Penguatkuasa Jabatan Air Kunak ketika menjalankan operasi di salah sebuah pasar raya berkenaan.

KUNAK: Dua pasar raya di daerah ini dikompaun sebanyak RM10,000 selepas dikesan melakukan kesalahan dalam satu operasi di sekitar kawasan pekan Kunak, di sini semalam.

Operasi yang dilakukan oleh penguatkuasa Jabatan Air Kunak bermula jam 9 pagi itu telah mengesan dua premis masing-masing telah melakukan kesalahan penyambungan haram dan menggunakan pam air secara salah.

Pegawai Kerja Air Daerah Kunak, Mohd Suhaizan Mohd Yunus berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai terdapat aktiviti penyambungan air secara haram oleh pemilik premis di kawasan Pekan Kunak.

Katanya, operasi itu melibatkan sebuah pasar raya yang didapati melakukan penyambungan secara terus dari paip utama milik Jabatan Air Kunak menggunakan paip berukuran dua inci.

“Paip itu di kesan menyalurkan bekalan air ke lot kedai dalam premis pasar raya berkenaan tanpa melalui meter yang disediakan.

“Kesalahan membuat penyambungan haram itu boleh dikenakan kompaun mengikut Seksyen 49(b),” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, operasi yang sama itu juga turut membabitkan sebuah lagi pasar raya dikesan telah melakukan kesalahan mengambil air menggunakan pam air untuk mendapatkan bekalan air yang lebih.

“Perbuatan itu juga adalah satu kesalahan dan boleh terus dikenakan kompaun mengikut Seksyen 59,” katanya.

Mohd Suhaizan menasihatkan kepada semua pengguna di daerah ini supaya menggunakan bekalan air secara berhemah dan tidak melakukan kesalahan penyambungan haram.

“Masyarakat di daerah ini boleh melaporkan aktiviti kecurian air atau kebocoran paip dengan menghubungi terus ke nombor careline 088-326888,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Utusan Boreno Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …