NOTIS PEMBUKAAN SEMULA LALUAN B66 JALAN BATANG KALI GENTING ‼️

Untuk makluman, laluan B66 Jalan Batang Kali – Genting yang ditutup susulan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm hampir dua tahun lepas akan dibuka kepada semua pengguna jalan raya pada 1 Julai 2024 mulai pada jam 3:00 petang.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak JKR Hulu Selangor di talian 03-60641046, 03-60641058, 03-60641058 dan 03-60641073.

Sebelum ini, Jalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup bagi membolehkan kerja-kerja membaiki cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh berkenaan.

Tragedi tanah runtuh pada 16 Disember 2022 tersebut mengorbankan 31 nyawa.

 

Kementerian Kerja Raya Malaysia

Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …