π“π€ππ†πŠπ€ππ€π πŠπ„π’ π“πˆππ”

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Tangkapan (1) lelaki berusia 34 tahun oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya di Bukit Tengah, Pulau Pinang kerana disyaki telah memperdaya mangsa dalam urusan pembelian jam tangan pelbagai jenama secara dalam talian dengan cara menghantar resit palsu.
Mangsa merupakan seorang jurujual wanita berusia 49 tahun menerima whatsapp daripada suspek untuk membeli (3) utas jam tangan dan telah membuat pembayaran sebanyak RM1,339. Keesokkannya suspek membeli lagi beberapa utas jam tangan dengan jumlah sebanyak RM6,255 namun setelah semakan dibuat dapati tiada sebarang transaksi daripada suspek.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan. Pihak polis menasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan JUAL BELI DI LAMAN SOSIAL/PINJAMAN TIDAK WUJUD/PELABURAN TIDAK WUJUD/ TAWARAN PEKERJAAN LUAR NEGARA atau SAMBILAN/ MACAU SCAM/LOVE SCAM/ PARCEL SCAM melalui sosial media.
Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat DayaΒ https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.Β  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR Β KOTA KINABALU: Sindiket β€˜bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …