KADAR BAHARU KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM AKAN DIUMUM SEBELUM PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2025

PUTRAJAYA, 26 Jun- Kadar baharu kenaikan gaji penjawat awam akan diumum sebelum pembentangan Belanjawan 2025.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengumuman tersebut bertepatan dengan bebanan kerja, serta ekonomi semasa.

“Saya anggap adil bagi kerajaan, seperti saya sebut semalam, saya seperti bapa dalam kerajaan ini dan kita lihat berapa lama tiada kenaikan gaji penjawat awam.

“…sedangkan kita beri tekanan lebih kuat, kerja mesti kuat pemantauan lebih kuat dan penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu lebih hebat,” katanya ketika berucap dalam Majlis Aspresasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 Jabatan Perdana Menteri di sini.

Pada 1 Mei 2024, Perdana Menteri mengumumkan penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus, kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara bermula 1 Disember 2024.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …