ADAKAH WI-FI BAHAYA?

Secara umumnya, radiasi Wi-Fi adalah dalam kategori non-ionising radiation – tidak merbahaya. Tidak sama seperti radiasi X-ray, gamma ray dan lain-lain.

Namun, banyak pihak (pakar) telah melakukan kajian mengenai kesan jangka panjang Wi-Fi terhadap binatang. Walaupun sesetengah kajian menunjukkan perubahan tertentu, kebanyakan pakar bersetuju bahawa tiada bukti kukuh yang menunjukkan kesan berbahaya pada manusia.

Jadi untuk menjawab persoalan adalah Wi-Fi di rumah bahaya?

Jawapan pendek: Tidak.

Sekiranya anda masih ragu-ragu, maka tidak menjadi masalah untuk anda menutup Wi-Fi router di rumah anda terutama pada waktu malam. Malah anda boleh gunakan sambungan internet melalui kabel LAN sepenuhnya untuk elakkan penggunaan Wi-Fi.

Namun, perlu diingatkan, sekiranya anda menggunakan telefon bimbit atau ada berada di kawasan yang mempunyai signal telefon, maka radiasi wireless dari menara telekomunikasi tetap masuk ke rumah anda.

Frekuensi Wi-Fi yang digunakan oleh router di rumah adalah 2.4Ghz, 5Ghz dan yang terbaru 6Ghz. Frekuensi yang digunakan untuk membolehkan telefon anda berfungsi adalah antara 1.xGhz hingga 2.x Ghz. berbeza mengikut syarikat telekomunikasi. Anda boleh rujuk dokumen MCMC. Kalau 5G dalam 3.x Ghz.

Walaupun anda shutdown telefon anda, radiasi dari menara telekomunikasi tetap akan memasuki rumah anda.

Sama juga kalau anda tinggal di taman, perumahan, kondominium, apartment atau rumah flat. Wi-Fi dari jiran anda tetap masuk ke rumah anda.

Katakanlah kawasan anda tidak ada menara telekomunikasi, kalau anda keluar berdiri di luar rumah, anda masih akan terkena radiasi telekomunikasi, contohnya dari satelit seperti Astro dan kini Starlink serta banyak lagi yang lain.

Pendek kata, sekiranya anda berada di kawasan bandar, anda akan sentiasa kena radiasi komunikasi.

Sekiranya anda kata Wi-Fi menyebabkan manusia menjadi malas dan tidak produktif, maka suka untuk saya kongsikan di China, liputan rangkaian 4G dan 5G nya sangat meluas. Selain itu, syarikat-syarikat gergasi dunia seperti Apple, Google, Microsoft dan lain-lain semuanya mempunya liputan Wi-Fi yang menyeluruh di pejabat-pejabat mereka. Mereka semua produktif.

Jadi, jangan gunakan radiasi Wi-Fi sebagai alasan kemalasan.

Sumber: Facebook Pendakwah Teknologi

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut