POLIS SELAMATKAN OKU MANGSA EKSPLOITASI BURUH PAKSA

Dua lelaki ditahan selepas disyaki mengeksploitasi remaja orang kurang upaya (OKU) untuk membuat kerja mengumpul barang lusuh, pada 13 Jun lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani, serbuan dijalankan di sebuah rumah di daerah ini kira-kira jam 5.30 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kuala Pilah.

Bertindak atas maklumat pemerdagangan manusia eksploitasi buruh paksa kanak-kanak, sepasukan pegawai dan anggota membuat serbuan di sebuah rumah di dalam kawasan pentadbiran Kuala Pilah. Hasil serbuan, pihaknya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki tempatan yang menyelia serta mengawal seorang kanak-kanak warganegara tempatan untuk membuat kerja mengumpul barangan lusuh. Remaja berusia 14 tahun itu diselamatkan dan menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan.

Mangsa juga adalah seorang OKU fizikal yang mana kaki kanannya bengkok. Hasil risikan lanjut pihaknya juga berjaya membuat tangkapan ke atas seorang lagi lelaki tempatan iaitu individu yang menggaji mangsa terbabit di daerah ini pada hari sama. Permohonan reman ke atas kedua-dua tangkapan diluluskan selama tujuh hari, manakala mangsa akan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan. Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

BENGKEL TAHSIN AZAN DAN IQAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Pada 12 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Tahsin Azan dan Iqamah bertempat di Auditorium Kolej …

PROGRAM RAMADAN MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) 2026/1447H Peringkat …

JOM DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  𝐉𝐨𝐦 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐲𝐚           …