KPDN NEGERI SEMBILAN KELUAR 30 NOTIS KEPADA SYARIKAT PENGANGKUTAN, LOGISTIK

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan 30 notis kepada syarikat pengangkutan dan logistik bagi tujuan pengesahan maklumat harga serta memastikan peningkatan harga dan caj mematuhi Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Daripada 30 notis dikeluarkan sepanjang Ops Kesan 2.0 sejak 8 Jun lalu, 15 adalah Notis Pengesahan Maklumat Harga dan 15 lagi Notis Bertulis mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Menurut Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan, sebanyak 15 Notis Bertulis dikeluarkan kepada 15 syarikat tersenarai dalam Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), iaitu masing-masing tiga di Seremban dan Senawang serta masing-masing dua di Mantin, Port Dickson dan Nilai. Di Tampin, Bahau dan Kuala Pilah pula, masing-masing satu notis dikeluarkan bagi memastikan peningkatan harga dan caj yang berlaku mematuhi Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Sebanyak 77 premis sektor pengangkutan telah diperiksa di seluruh Negeri Sembilan selepas pengumuman penyelarasan semula minyak diesel pada 8 Jun lalu. Semua didapati tidak menaikkan caj perkhidmatan, masih kekal dengan caj sama sebelum kenaikan harga diesel. Pihaknya menggerakkan hampir 100 anggota penguat kuasa untuk membuat naziran, pemeriksaan dan pemantauan dalam operasi berkenaan.

Secara keseluruhan, premis yang dilawati telah memohon kad ‘fleet’ secara dalam talian bagi kegunaan pengangkutan barang-barang. Setakat ini, tiada kenaikan kos dikenakan oleh syarikat penghantaran terbabit. Tiada juga elemen pencatutan harga barang dan perkhidmatan guna alasan pelarasan harga runcit diesel selain turut memberi amaran pihak terbabit tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang dan perkhidmatan dengan eleman pencatutan susulan penyasaran subsidi diesel.

Mana-mana pihak yang didapati mengambil kesempatan dengan melakukan manipulasi harga akan dikenakan tindakan tegas di bawah mana-mana peruntukan undang-undang yang sedang dikuatkuasakan. Pihak terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 bagi perbadanan/syarikat, manakala RM100,000 bagi individu atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Maklumat atau aduan berkaitan Ops Kesan 2.0 boleh disalurkan melalui Whatsapp ke 019-848 8000/019-279 4317 atau pusat panggilan 1-800-886-800.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …