2 RUMAH ‘KOSONG’ SEMBUNYI 30 MESIN LOMBONG BITCOIN SECARA HARAM

Sebuah rumah dua tingkat di Taman Tiara Sendayan, di sini, kelihatan seperti kosong dan tidak penghuni, namun hakikatnya menyembunyikan kegiatan perlombongan bitcoin secara haram. Kegiatan perlombongan bitcoin dengan menggunakan elektrik secara curang itu dikesan susulan serbuan Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini, dengan enam mesin perlombongan sedang beroperasi tanpa kawalan dikesan di premis terbabit. Turut ditemukan satu kamera litar tertutup (CCTV) yang disorokkan di sebalik tingkap.

Tinjauan di rumah juga mendapati ia kosong tanpa perabot selain dipenuhi habuk dan hanya satu bilik di tingkat atas dijadikan markas perlombongan. Berdasarkan maklumat penduduk, seorang lelaki tempatan akan ke rumah berkenaan dua minggu sekali bersama dua warga asing dipercayai pekerja dengan menaiki kereta, sebelum beredar tidak lama kemudian.

Menurut Pengarah Kawasan ST Negeri Sembilan/ Melaka, Amir Faisal Khamshah, pihaknya bersama Tenaga Nasional BERHAD (TNB) menjalankan operasi penggunaan elektrik dengan curang untuk tujuan perlombongan bitcoin di dua rumah di taman sama. Hasil pemeriksaan menemukan kesan pintasan pada meter TNB dengan anggaran kos kerugian RM25,000 sebulan, dengan 30 mesin perlombongan bitcoin ditemui di dalam rumah.  Bagi mengelak dikesan, pelombong mengubah suai bilik dengan memasang penebat haba menggunakan fiber bagi mengurangkan kesan pemanasan.

Modus operandi mereka menggunakan rumah di kawasan baru dibangunkan dan kurang penduduk kerana tarikan elektrik yang banyak boleh menyebabkan gangguan. Mereka membuat pintasan pada meter elektrik sekali gus bil elektrik di rumah terbabit lebih rendah sedangkan mesin perlombongan menggunakan jumlah elektrik yang tinggi. Kes boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik 1997 membabitkan didenda RM1 juta dan penjara lima tahun.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

SEREMBAN SENTRAL BAKAL UBAH SEREMBAN JADI PUSAT BANDAR MODEN, SELESA

Projek pembangunan bersepadu Seremban Sentral yang akan dimajukan oleh Sunway Bhd bakal mengubah bandar Seremban yang lama menjadi pusat bandar …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN PERTAHAN CADANGAN PELUPUSAN ANJING LIAR

Kerajaan Negeri Sembilan mempertahankan keputusan melaksanakan pelupusan anjing liar yang dimulakan di kawasan majoriti Melayu demi menyelesaikan masalah umum. Menurut …
Maklumat Lanjut

PATI ‘KEPANASAN’ DISERBU, SANGGUP TERJUN SETINGGI ENAM METER

Nekad terjun dari platform setinggi enam meter dan bersembunyi di celah barang binaan antara gelagat pendatang asing tanpa asing (PATI) …
Maklumat Lanjut