KIBING LABUR RM7.2 BILION BUKA SEBUAH LAGI KILANG KACA SOLAR DI KIMANIS

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menerusi Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan negeri hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kibing New Solar Energy (M) Sdn Bhd bagi membangunkan sebuah lagi kilang kaca solar dengan anggaran pelaburan RM7.2 bilion di Kimanis.

Majlis menandatangani MoU dengan anak syarikat Kumpulan Kibing dari China itu disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di kilang milik syarikat itu di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), di sini, hari ini.

Hajiji menyifatkan perkembangan terbaharu itu sebagai bukti usaha kerajaan negeri memacu pertumbuhan sektor perindustrian membuahkan hasil yang berkesan.

Katanya, inisiatif Mesra Pelabur yang digariskan dalam hala tuju pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) mengukuhkan keyakinan pelabur dan menarik syarikat asing ke negeri ini, selain menggalakkan syarikat sedia ada mengembangkan pelaburan.

β€œKerajaan negeri melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan negeri mempunyai dedikasi untuk menyelaras pelaburan bagi memastikan kejayaannya sekali gus membantu pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya.

Pelaburan baharu Kibing New Solar Energy dianggarkan RM7.2 bilion yang akan dilaksanakan dalam tiga fasa dan dijangka mampu mewujudkan sejumlah 5,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.

Hajiji menyaksikan pertukaran dokumen MoU di antara Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Thomas Logijin dan Celine Lee (kanan) dari Kibing.

Kumpulan Kibing sudah melabur lebih RM3 bilion dalam loji pemprosesan pasir silika dan pembuatan kaca solar yang mewujudkan 1,800 peluang pekerjaan di KKIP.

Syarikat itu juga sudah menambah barisan pengeluaran ketiga di fasiliti sedia ada di KKIP yang mewakili pelaburan tambahan dianggarkan RM700 juta dan mewujudkan kira-kira 600 peluang pekerjaan tambahan.

Kilang pengeluaran SBH Kibing New Solar Energy (M) Sdn Bhd ketika ini mengeluarkan 1,200 tan kaca solar setiap hari yang akan digandakan kepafa 2,400 tan sehari bermula bulan ini.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

Β 

Sumber: Info X

Β 

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut