KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menerusi Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan negeri hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kibing New Solar Energy (M) Sdn Bhd bagi membangunkan sebuah lagi kilang kaca solar dengan anggaran pelaburan RM7.2 bilion di Kimanis.
Majlis menandatangani MoU dengan anak syarikat Kumpulan Kibing dari China itu disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di kilang milik syarikat itu di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), di sini, hari ini.
Hajiji menyifatkan perkembangan terbaharu itu sebagai bukti usaha kerajaan negeri memacu pertumbuhan sektor perindustrian membuahkan hasil yang berkesan.
Katanya, inisiatif Mesra Pelabur yang digariskan dalam hala tuju pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) mengukuhkan keyakinan pelabur dan menarik syarikat asing ke negeri ini, selain menggalakkan syarikat sedia ada mengembangkan pelaburan.
“Kerajaan negeri melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan negeri mempunyai dedikasi untuk menyelaras pelaburan bagi memastikan kejayaannya sekali gus membantu pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya.
Pelaburan baharu Kibing New Solar Energy dianggarkan RM7.2 bilion yang akan dilaksanakan dalam tiga fasa dan dijangka mampu mewujudkan sejumlah 5,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.
Senjata dan syabu yang dirampas menerusi serbuan yang dilakukan pasukan polis. – Foto/PDRM
Sementara itu, katanya, pemeriksaan ke atas wanita itu pula, menemukan sebuah beg berisi 221 paket plastik lutsinar disyaki mengandungi 64.81 gram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM6,500.
“Semua suspek bersama senjata dan dadah yang dirampas itu kemudian dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan serta siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah
Sumber: Info X