ANAK JATI TERENGGANU JUARA DEBAT ANTARABANGSA

Sepanjang kira-kira tujuh tahun terlibat aktif dalam pertandingan debat, kejayaan yang dilakar baru-baru ini adalah kenangan termanis buat remaja ini.

Wan Amzar Izzuddin Wan Mohd Azlan, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Terengganu berjaya merangkul gelaran Pendebat Terbaik (kategori bukan penutur jati Bahasa Arab) di Kejohanan Debat Bahasa Arab Sekolah-Sekolah Antarabangsa di Doha, Qatar.

Turut cemerlang pada pertandingan yang berlangsung dari 1 hingga 6 September lalu, adalah rakan sekolahnya, Abdul Muizz Hasanulddin yang meraih gelaran pendebat kedua terbaik. Kedua-duanya berjaya menewaskan peserta lain dari 34 negara yang mengambil bahagian.

Selain Amzar dan Abdul Muizz, turut berada dalam kumpulan pendebat negara adalah dua pelajar Maahad Pontian Johor, Daing Muhammad Hasbi Daing Armey dan Khatib Sulaiman Mustafa, yang dibimbing pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) diketuai Mohamad Ikmal Hakimi Mohamad Helni.

Kejayaan dua pendebat kategori bukan penutur jati bahasa Arab itu secara tidak langsung mengubat kekecewaan pasukan negara yang tidak berjaya ke pentas final selepas tumpas kepada pendebat Bahrain pada pusingan ketiga.

Mula menyertai pertandingan debat sejak berusia 11 tahun, kejohanan di Doha adalah penyertaan ketiganya di peringkat antarabangsa. Beliau memegang prinsip, kalau kita jadi rumput, jadilah rumput yang terbaik di bumi. Kalau jadi bintang, jadilah bintang terbaik di langit.

Buat masa ini, beliau mahu fokus kepada pelajaran memandangkan akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun dalam masa sama, saya sedang membimbing junior yang akan sertai pertandingan debat bahasa Arab untuk tempoh terdekat.

Artikel/Berita Terkini

FAKTA IMPAK KRISIS TENAGA GLOBAL TERHADAP MALAYSIA

Malaysia ialah pengimport minyak mentah untuk menampung keperluan domestik: 🚗 Penggunaan minyak mentah domestik: ±700,000 tong sehari 🛳️ Pengeluaran minyak …

PENJARA TIGA TAHUN JIKA GUNA MYKAD ORANG LAIN UNTUK BELI PETROL

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menggunakan MyKad orang lain termasuk milik ahli keluarga sendiri …

PROGRAM MYLESEN JPJ NEGERI MELAKA PERINGKAT UJIAN BERTULIS DAN KELAS KPP

Melaka – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka telah melaksanakan Program MyLesen JPJ Negeri Melaka yang melibatkan sesi Kelas Kurikulum …