RONDAAN OMNIPRESENCE PEGAWAI PENGUAT KUASA JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI TERENGGANU DI LOKASI-LOKASI “HOTSPOT” SEKITAR KUALA NERUS, SETIU DAN BESUT

Pihak Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu (JIMNT) telah melaksanakan rondaan omnipresence di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan warga asing berkumpul di sekitar Kuala Nerus, Setiu dan Besut dalam usaha memastikan semua warga asing yang berada di negeri ini mematuhi undang-undang serta peraturan imigresen.

Menurut pihak JIMNT, rondaan dan pemeriksaan di lokasi-lokasi ‘hotspot’ ini dilaksanakan secara berkala bagi memastikan orang ramai ‘merasai’ kehadiran pegawai JIM yang sentiasa memerhati.

Melalui rondaan omnipresence yang dijalankan pada 5 Jun lalu, seramai 73 individu telah diperiksa oleh pegawai penguat kuasa JIMNT dan tiada tangkapan dilakukan.

Orang ramai digalakkan untuk menyalurkan maklumat berkenaan PATI kepada pihak penguat kuasa sekiranya terdapat sebarang aduan, dan boleh disalurkan kepada  Bahagian Penguatkuasaan JIMNT melalui saluran-saluran berikut; talian pejabat (09-622 3425), emel (enforce_trg@imi.gov.my) atau saluran rasmi (https://imi.spab.gov.my).

 

Sumber: JIMNT

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …