𝐎𝐏𝐒 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐑𝐀, 𝐒𝐀𝐏𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐓𝐈𝐏 𝐉𝐈𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔, 𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐔

Seorang lelaki warga Myanmar yang bekerja di sebuah restoran di Bandar Kuala Terengganu tidak sempat melarikan diri apabila Pegawai Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu terlebih dahulu mengepung pintu hadapan dan belakang restoran tersebut. Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati warga Myanmar tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Lelaki tersebut antara 11 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang berjaya ditahan dalam Ops Selera, Sapu dan Kutip Bahagian Penguatkuasaan JIM Negeri Terengganu di sekitar Daerah Kuala Terengganu, Marang dan Setiu pada 9 Jun 2024.

Hasil daripada operasi ini sebanyak 5 premis dan 25 individu telah diperiksa, dari jumlah tersebut seramai 11 orang PATI ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan 8 orang warga Bangladesh, Indonesia (2) dan Myanmar (1). Sementara itu, 2 majikan turut dipanggil untuk diambil keterangan kerana kesalahan melindungi dan menggaji PATI disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Sumber: FB JIM Terengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …