ANAK JATI TERENGGANU JUARA DEBAT ANTARABANGSA

Sepanjang kira-kira tujuh tahun terlibat aktif dalam pertandingan debat, kejayaan yang dilakar baru-baru ini adalah kenangan termanis buat remaja ini.

Wan Amzar Izzuddin Wan Mohd Azlan, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Terengganu berjaya merangkul gelaran Pendebat Terbaik (kategori bukan penutur jati Bahasa Arab) di Kejohanan Debat Bahasa Arab Sekolah-Sekolah Antarabangsa di Doha, Qatar.

Turut cemerlang pada pertandingan yang berlangsung dari 1 hingga 6 September lalu, adalah rakan sekolahnya, Abdul Muizz Hasanulddin yang meraih gelaran pendebat kedua terbaik. Kedua-duanya berjaya menewaskan peserta lain dari 34 negara yang mengambil bahagian.

Selain Amzar dan Abdul Muizz, turut berada dalam kumpulan pendebat negara adalah dua pelajar Maahad Pontian Johor, Daing Muhammad Hasbi Daing Armey dan Khatib Sulaiman Mustafa, yang dibimbing pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) diketuai Mohamad Ikmal Hakimi Mohamad Helni.

Kejayaan dua pendebat kategori bukan penutur jati bahasa Arab itu secara tidak langsung mengubat kekecewaan pasukan negara yang tidak berjaya ke pentas final selepas tumpas kepada pendebat Bahrain pada pusingan ketiga.

Mula menyertai pertandingan debat sejak berusia 11 tahun, kejohanan di Doha adalah penyertaan ketiganya di peringkat antarabangsa. Beliau memegang prinsip, kalau kita jadi rumput, jadilah rumput yang terbaik di bumi. Kalau jadi bintang, jadilah bintang terbaik di langit.

Buat masa ini, beliau mahu fokus kepada pelajaran memandangkan akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun dalam masa sama, saya sedang membimbing junior yang akan sertai pertandingan debat bahasa Arab untuk tempoh terdekat.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut