PEMANDU BAS SEKOLAH DIPENJARA 15 TAHUN SELEPAS DIDAPATI BERSALAH LAKUKAN AMANG SEKSUAL

TAWAU: Seorang pemandu bas sekolah dipenjara 15 tahun dan empat sebatan selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun pada Januari tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Tawau, Rosli Ahmad menjatuhkan hukuman itu ke atas Musleh Mahmod, 43, atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, pada penghakimannya, hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berumur 14 tahun dengan duduk di atas paha mangsa, manakala pertuduhan kedua pula tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama iaitu dengan cara memegang tangan mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bas sekolah ketika menunggu peralihan sesi persekolahan antara jam 11.30 pagi hingga jam 12.30 tengah hari, masing-masing pada 25 dan 31Januari tahun lalu.

Bagi kedua-dua kesalahan itu pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh Musleh Mahmod, 43, diiring keluar selepas prosiding mahkamah dijalankan untuk menjalani hukuman.

Seramai tujuh saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan manakala pihak pembelaan hanya menampilkan tiga saksi termasuk tertuduh sendiri, sepanjang perbicaraan bermula pada 8 November 2023.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suryana memohon kepada mahkamah agar satu hukuman berat dikenakan kepada tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius dan menyebabkan mangsa trauma.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan pertama manakala hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan kedua.

Hakim turut memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan secara berasingan selain menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perintah pelaksanaan hukuman.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …