KPDN RAMPAS 80,000 LITER DIESEL DISYAKI DISELEWENG

LABUAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan berjaya merampas 80,000 liter minyak diesel yang dipercayai cuba diseleweng dalam operasi di Jeti Jalan Merdeka, di sini, semalam.

Semua minyak diesel bersubsidi itu ditemui disimpan di dalam empat tangki di atas sebuah kapal dengan nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM320,000.

Pengarah KPDN Labuan Junaidah Arbain, operasi serbuan ‘Op Tiris’ itu dijalankan kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun yang dipercayai kru kapal berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat menerusi Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan tanpa kebenaran pengawal.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman didenda tidak melebihi RM1 juta,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Pegawai penguat kuasa KPDN Labuan menjalankan memeriksa tangki berisi diesel di atas kapal yang disyaki diseleweng di Labuan. – Foto/ KPDN

Junaidah berkata, bagi kesalahan berikutnya, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: INFO X

Artikel/Berita Terkini

#RONDARABU: MASJID IMANUL FA’IZIN

MASJID Imanul Fa’izin di Kampung Padang Kala, Kota Bharu, Kelantan kini menjadi destinasi kunjungan ramai bukan sahaja untuk beribadat, sebaliknya …
Maklumat Lanjut

#RONDARABU: PASAR BUNOHAN

Bunohan diambil daripada nama sebuah kampung di Tumpat, Kelantan iaitu Kampung Bunohan yang yang menjadi  menjadi laluan utama dari selatan Thailand …
Maklumat Lanjut

KELANTAN PERUNTUK RM125.2 JUTA UNTUK KELESTARIAN PENDIDIKAN

Kerajaan negeri memperuntukkan RM125.2 juta untuk kelestarian pendidikan melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK) sepanjang tahun ini. Menteri Besar Kelantan, Datuk …
Maklumat Lanjut