JKDM BERJAYA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP BARANGAN BERNILAI RM1.98 JUTA

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah berjaya menggagalkan cubaan mengedar pelbagai barangan seludup bernilai hampir RM1.98 juta menerusi Operasi Palang Timur dan Operasi Makmur III yang dijalankan dari 2 hingga 31 Mei lepas.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, menyatakan bahawa operasi bersepadu ini melibatkan kerjasama antara JKDM Kelantan, JKDM Terengganu, JKDM Pahang, dan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA). Operasi tersebut berjaya merampas daging khinzir sejuk beku seberat 17.8 tan dalam tiga kes yang dianggarkan bernilai lebih RM450,000.

Selain itu, turut dirampas adalah rokok seludup bernilai lebih RM200,000, 7,000 liter minyak diesel, minuman keras, ayam sejuk beku, beras, dan kenderaan klon yang keseluruhannya bernilai lebih RM260,000.

Operasi Palang Timur memfokuskan operasi di darat manakala Operasi Makmur III menumpukan pada rondaan dan risikan di jalan air meliputi Tumpat, Pulau Perhentian, dan Pantai Merang, Terengganu. “Mereka menggunakan modus operandi membawa masuk dagangan dari negara jiran melalui Sungai Golok atau pesisir pantai menggunakan sampan, kemudian dimuatkan dalam kenderaan sama ada lori atau kereta. Barangan ini diedarkan kepada peruncit tempatan, dengan daging babi sejuk beku untuk pasaran pantai barat Semenanjung Malaysia,” kata Wan Jamal Abdul Salam dalam kenyataan tersebut.

Beliau juga menambah bahawa operasi bersepadu yang dikendalikan oleh COBRA berjaya menggagalkan cubaan pengedaran 2.7 juta batang rokok bernilai lebih RM500,000 dalam lima kes berasingan di Pulau Pinang. Kesemua barangan rampasan ini tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

Sumber: AstroAwani

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut