OPERASI CAKNA GOMO ASAP ANTARA DAERAH SEMPENA HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah mengadakan Operasi Cakna Khas Gomo Asap Sempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang disambut pada 31 Mei setiap tahun. Operasi yang dijalankan serentak diseluruh daerah selama dua hari pada 29-30 Mei bertujuan menguatkuasakan peraturan larangan merokok di 23  tempat awam mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Sepanjang operasi dijalankan, seramai 157 anggota penguatkuasa kesihatan dalam kalangan Pegawai dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran termasuk Pembantu Kesihatan Awam telah digerakkan bagi pemeriksaan ke atas 518 buah premis larangan merokok. Sebanyak 176 notis kesalahan dengan nilai RM 39,300.00 telah dikeluarkan dengan kesalahan tertinggi ialah merokok di premis tempat makan.

Selain itu, sebanyak RM 710.60 nilai rampasan rokok atas pelbagai kesalahan peraturan penjualan rokok antaranya gagal mematuhi harga minima yang ditetapkan dan tiada amaran kesihatan.  Penguatkuasaan larangan merokok di tempat awam ini bertujuan melindungi bahaya rokok asap basi khususnya mereka yang berisiko seperti ibu mengandung, kanak-kanak, bayi, orang tua dan pesakit kronik.

Perokok yang dikenakan notis kesalahan boleh ditawarkan kompaun dan perlu hadir ke mana-mana Pejabat Kesihatan terdekat bagi menjelaskan bayaran kompaun. Sabit kesalahan merokok di tempat larangan boleh di dakwa ke mahkamah dengan denda tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun. Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan menjalankan operasi secara berkala dan berterusan dalam memastikan larangan merokok di kawasan larangan dipatuhi sepenuhnya.

 

Sumber: JKNT

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …