DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang melalui Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) telah mengadakan ceramah keselamatan jalan raya di Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Ampang Jajar. Tujuan ceramah ini diadakan bagi memperkasakan lagi kempen keselamatan dan pematuhan undang- undang terhadap pemandu lori dalam menjalankan tugas seharian.
Ceramah berkenaan diberikan kepada 15 pemandu dan warga Greenviro Solutions Sdn.Bhd. oleh pegawai dari Unit Keselamatan Jalan Raya Dan Korporat (UKJRK) JPJ Negeri Pulau Pinang ini bertujuan memberi pendedahan dan penekanan berkaitan tingkah laku pemandu serta kefahaman tentang betapa pentingnya aspek keselamatan kepada pemandu sekaligus dapat membudayakan pemanduan berhemah & pemanduan defensif di kalangan pemandu lori.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinangย https://www.facebook.com/JPJPulauPinang