ZAKAT PERNIAGAAN MELAKA MENINGKAT

Ayer Keroh 30 Mei – Zakat Melaka menerima bayaran keseluruhan Zakat Perniagaan sebanyak RM11,923,118.37 setakat 27 Mei lalu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi & Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM232,073.69 bagi bayaran zakat tersebut.

“Tahun lalu bagi tempoh yang sama jumlah keseluruhan bayaran Zakat Perniagaan adalah RM11,691,044.68, jadi tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1.99 peratus.

“Manakala, setakat 30 Mei kita menerima pertambahan sejumlah RM7,420,080.13 bayaran Zakat Perniagaan melibatkan sebanyak 13 agensi korporat.

“Antaranya Lembaga Tabung Haji (RM3,363,594.33), Kumpulan UTeM Berhad (RM687,999.55), Etika General Takaful Berhad (RM650,000), Etiqa Family Takaful (RM300,000), Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd (RM500,000), Syarikat Air Melaka Berhad (RM262,576), Perbadanan Melaka (MCORP) sejumlah RM82,476.21 dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Seri Utama Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka di sini, hari ini.

 

Hadir sama Penasihat Undang Undang Negeri, Datuk Abdul Aziz Engan; Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil; Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Datuk Mohamad Azmi Sabtu dan lain-lain kenamaan.

 

Mengulas lanjut, Rahmad berkata kutipan zakat di Melaka secara keseluruhan setakat 27 Mei adalah sebanyak RM68,944,566.35 iaitu meningkat RM3,046,822.48 berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Selain kutipan, bilangan pembayar zakat juga meningkat kepada 46,637 orang berbanding seramai 46,054 orang bagi tempoh sama,” katanya.

Pada majlis itu turut diadakan Penyerahan Anugerah Khas Potongan Gaji Majikan Tertinggi Tahun 2023 Sektor Swasta dan Sektor Awam.

 

Dua majikan itu adalah Malaysia Refining Company Sdn Bhd (MRCSB) diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Farid Yaacob sebanyak RM8,665,126.80 dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) diwakili Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif sebanyak RM1,579,925.34.

 

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

TAWARAN PELABURAN DALAM TELEGRAM ADALAH PENIPUAN

KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2024: Masyarakat diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan melalui media sosial yang bersifat ‘too …
Maklumat Lanjut

104 PATI WARGA INDONESIA DIHANTAR PULANG KE NEGARA

TAWAU: Seramai 104 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dipindahkan dari Pelabuhan Tawau untuk balik ke negara asal, semalam …
Maklumat Lanjut

SERANGAN PERTAMA PORTUGIS KE ATAS MELAKA

Pada hari ini (25 Julai) dalam tahun 1511, Melaka telah diserang buat pertama kali oleh askar-askar Portugis yang diketuai oleh …
Maklumat Lanjut