TIPS KESELAMATAN SEMASA DALAM KENDERAAN

Jangan sesekali ambil mudah keselamatan diri pemandu dan penumpang semasa dalam kenderaan.

Ini kerana, kebanyakan kemalangan berlaku berhampiran rumah, seperti perjalanan rutin ke pusat jagaan harian, kedai runcit, atau taman kejiranan. Itulah sebabnya penting untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga yang sama walaupun untuk perjalanan singkat ke rumah nenek.

Fakta yang lebih menarik adalah kanak-kanak berumur antara 4 hingga 8 tahun lebih cenderung mengalami kecederaan di dalam kereta daripada kanak-kanak di bawah 4. Ini mungkin kerana ibu bapa cenderung mengabaikan keselamatan kanak-kanak yang lebih tua.

Bagi meningkatkan tahap keselamatan semasa dalam kenderaan, berikut adalah beberapa tips yang boleh di amalkan untuk keselamatan bersama:

 

  1. Pakai Tali Pinggang keledar sebelum memulakan perjalanan

Jangan sesekali menanngguh untuk memakai tali pinggang keledar. Walau untuk perjalanan jarak dekat, pastikan tali keledar keselamatan dipasang sebelum memulakan perjalanan. Ingatlah malang tidak berbau. Mungkin saja perjalanan jarak dekat juga berisiko untuk berlaku kemalangan.

 

  1. Pastikan pintu dikunci dan aktifkan fungsi ‘child lock’

Langkah ini paling penting untuk ibu ayah yang memandu bersendirian bersama anak-anak kecil. Semasa ibu ayah fokus memandu, ada sahaja kebarangkalian anak kecil anda tanpa berfikir panjang berusaha membuka pintu kenderaan. Situasi ini pasti amat bahaya jika dibiarkan. Jadi, sebelum memulakan perjalanan adalah amat penting untuk memastikan pintu kenderaan telah sedia di kunci dan tidak mampu dibuka sewenangnya oleh kanak-kanak.

 

  1. ⁠Letakkan tas tangan di tempat yang rendah dan sukar dicapai dari luar

Teristimewa untuk kaum wanita, tidak kiralah anda pemandu atau penumpang kenderaan, sentiasalah pastikan tas tangan diletakkan dibahagian bawah tempat duduk atau bahagian lain yang sukar dicapai dari luar kenderaan. Ini bagi memastikan individu yang berada di luar kenderaan tidak menjadikan tas tangan anda sebagai sasaran dan mengambil jalan mudah untuk memecahkan cermin kenderaan anda bagi tujuan rompakan.

 

  1. ⁠Elakkan memandu sambil mendukung anak

Membiarkan anak menangis di dalam car seat itu adalah lebih baik dari anda mendukung anak semasa memandu. Selain sukar fokus pada pemanduan, mendukung atau meriba anak semasa memandu juga boleh meningkatkan risiko kecederaan kepada anak dan diri ibu ayah sendiri sekiranyaberlaku sebarang kejadian tidak diingini.

 

  1. ⁠Jangan pegang telefon semasa sedang memandu

Dunia zaman kini menyebabkan sesetengah individu sukar berenggang dengan telefon walau pun ketika sedang memandu. Ketika sedang memandu, masih ada individu yang membaca di telefon pintar dan tidak kurang yang menaip balasan kepada mesej yang diterima. Biarlah terlewat anda memberikan respon asalkan keselamatan anda terjamin.

Pandu cermat jiwa selamat. Berhati-hatilah memandu. Kurangkan risiko kemalangan semasa dalam kenderaan.

 

Sumber : theAsianparent

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut