WARGA FILIPINA DI KENINGAU DIPENJARA 3 TAHUN KERANA PERDAGANGKAN RAKAN SENEGARA UNTUK EDAR DADAH

KENINGAU (28 Mei): Seorang lelaki warganegara Filipina di sini dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM7,000 atas kesalahan memperdagangkan seorang rakan senegara dengan cara perdayaan untuk mengedar dadah.

Eting @ Najar Asdali, berumur 57 tahun dan tanpa dokumen, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Keningau, Marlina Ibrahim.

Pertuduhan dibaca di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran 2007 pada Isnin.

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …