PROGRAM BANTUAN BUDI MADANI DIBUKA UNTUK PERMOHONAN

 

 

Menjelang pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, Kementerian Kewangan akan membuka pendaftaran Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI mulai 28 Mei 2024 di https://budimadani.gov.my.

Pemilik kenderaan diesel persendirian individu boleh membuat permohonan di bawah kategori BUDI Individu. Bagi petani kecil dan pekebun kecil komoditi, permohonan boleh dibuat di bawah kategori BUDI Agri-Komoditi.

Pemohon yang layak dinasihati untuk melengkapkan permohonan sebelum 3 Jun 2024 untuk menerima BUDI MADANI sebanyak RM200 sebulan pada pertengahan Jun 2024.

Matlamat utama Kerajaan menyasarkan subsidi diesel adalah untuk memastikan kemampanan ekonomi negara. Penyasaran ini diharap dapat mengurangkan ketirisan aktiviti penyeludupan, dan pada masa sama, mengurangkan impak kepada kos sara hidup rakyat.

#MalaysiaMADANI

Sumber : Kementerian Kewangan

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut