LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga. Menurut Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar, bagaimanapun terdapat beberapa daerah yang menghadapi masalah dalam menempatkan peniaga.

Di beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT), peratusan kios yang belum diisi atau belum beroperasi adalah rendah. Namun, ada beberapa PBT yang mencatatkan kadar tidak beroperasi yang tinggi. Salah satu sebabnya ialah jumlah MyKiosk yang mereka terima adalah tinggi berbanding PBT lain. Beliau dimaklumkan bahawa pada bulan Mac lalu, kadar pengisian hanya sekitar 50 hingga 60 peratus, tetapi kini sudah melepasi 90 peratus.

Berdasarkan maklum balas daripada peniaga serta semasa lawatan, terdapat banyak kios yang belum beroperasi walaupun telah diisi. Antara faktor lain yang menyebabkan kemudahan itu belum dapat beroperasi ialah persaingan sesama peniaga di lokasi yang sama. Beberapa tempat yang tidak mendapat sambutan adalah lokasi yang menempatkan banyak kios serentak – ada yang enam, lapan dan sehingga 10 unit. Apabila dikumpulkan di satu kawasan, mereka perlu bersaing antara satu sama lain dan baginya  ini adalah aspek yang perlu diberi perhatian.

Berbeza dengan kawasan tumpuan seperti di Port Dickson, masalah itu tidak timbul walaupun banyak MyKiosk ditempatkan di lokasi yang sama. Malah, kemudahan itu tetap menjadi rebutan peniaga walaupun menjual produk yang serupa. Media pada awal Mei melaporkan bahawa PBT di negeri ini diberi tempoh sebulan untuk menempatkan peniaga di gerai MyKiosk KPKT yang masih kosong.

Sebanyak 414 unit MyKiosk telah disediakan di seluruh Negeri Sembilan sepanjang tahun 2023 dan 2024, namun hanya 250 unit berjaya diisi walaupun ditempatkan di lokasi strategik dan berhampiran tumpuan penjaja jalanan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut