KOPI DAN KESIHATAN

Kopi adalah minuman harian masyarakat kita di Malaysia. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis kopi di pasaran seperti kopi segera, kopi campuran, kopi O, kopi susu, kopi 3 dalam 1, kopi dengan pelbagai jenis herba dan sebagainya. Dengan pelbagai jenis kopi ini menjadikan masyarakat lebih keliru lagi tentang kopi yang mana satu baik dan buruk untuk kesihatan.

Kopi ‘O’ tanpa gula dengan jumlah yang sederhana adalah baik untuk kesihatan.

Kopi ‘O’ dengan gula yang sedikit sekadar satu sudu masih boleh dikira sihat.

Kopi ‘O’ diambil dengan pemanis gentian lain seperti stevia atau sukralose yang tanpa kalori adelah lebih baik.

Kopi yang dicampur dengan krimer juga tidak sihat kerana krimer mnengandungi asid lemak ‘trans’ yang tidak baik untuk kesihatan dan boleh menjadi punca masalah pengerasan saluran darah dan boleh menyebabkan masalah penyakit jantung.

Kopi mengandungi bahan stimulant iaitu kafein yang membantu menambahkan rasa cergas dan segar apabila diminum. Teh dan koko juga mengandungi kafein tetaoi dalam jumlah yang lebih rendah.

Secawan kopi mengandungi 95mg kafein. Menurut United States Department of Agriculture (USDA) dan European Food Safety Authority (EFSA), jumlah pengambilan kafein yang lebih selamat dalam sehari adalah tidak melebihi 400mg sehari iaitu lebih kurang 2 ke 4 cawan kopi sahaja sehari. Pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan tangan menggigil, keresahan, kerisauan , degupan jantung yang tidak menentu dan susah untuk tidur. Wanita yang mengandung dinasihatkan hanya mengambil kafein tidak melebihi 200mg sehari. Pengambilan kopi secara berlebihan boleh menyebabkan keguguran atau anak yang dikandung mempunyai berat yang tidak mencukupi.

Beberapa kajian menunjukkan;
• Kopi amat baik dan memberikan kesan positif mengawal stress dengan menghalang reseptor adenosine A2A yang mengawal kadar stress.
• Kafein meningkatkan metabolisme tubuh sehingga 11% dan membantu membakar lemak sehingga 13%.
• Pengambilan kafein 300mg sehari akan membantu membakar 80 kalori tambahan sehari, tetapi kesan kepada berat badan masih kecil.
• Pengambilan kopi sejam sebelum senaman membantu meningkatkan kecergasan semasa bersenam dan juga membakar lebih banyak kalori dan mengurangkan keletihan selepas bersenam.
• Kopi membantu melindungi kerosakan hati sehingga 84%.
• Kopi membantu memanjangkan jangkahayat dengan mengurangkan risiko kematian pra matang akibat penyakit kronik sehingga 30% terutama di kalangan wanita dan pesakit diabetes.
• Kopi mengurangkan risiko kanser hati sehingga 64%, kanser kolorektal sehingga 38% dan kanser kulit sehingga 20%.
• Kopi mengurangkan risiko gout sehingga 40% kepada lelaki dan 57% kepada wanita.
• Kopi membantu meningkatkan bakteria baik probiotik dalam usus dan meningkatkan aktiviti bakteria probiotik ini.

Kopi boleh menyebabkan ketagihan bagi sesetengah orang dan kebiasaanya orang yang ketagih kopi yang akan mengambil kopi secara berlebih-lebihan. Kesan kopi yang berlebihan juga akan menghilangkan khasiatnya yang baik seperti meningkatkan dtres, meningkatkn kadar keradangan saluran darah secara tidak langsung meningkatkan risiko penyakit jantung. ia juga meningkatkan rintangan insulin darah dengan itu menyebabkan masalah diabetes pula. Pengambilan yang berlebihan juga akan menyebabkan masalah gastrik, pedih ulu hati, penghadaman terganggu dan mengganggu keseimbangan bakteria baik dalam usus. Ia juga boleh menyebabkan gangguan kepada tidur, menyebabkan kemurungan dan kerisauan yang melampau.

Kopi adalah seperti sejenis minuman ransangan yang baik jika diambil mengikut dos yang sesuai secraa sederhana dan tidak melampau. Jika dos ini diambil berlebihina maka kopi akan menyebabkan pelbagai kesan kesihatan yang tidak baik untuk jangkamasa Panjang. Oleh itu, bagi penggemar kopi anda perlu bersederhana dalam pengambilan kopi dan janganlah mencampurkannya dengan bahan-bahan yang berisiko tinggi untuk kesihatan seperti gula dan krimer.

Sumber : Dr Norman Mohd Norawi

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut