ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‰πˆπ–π€ πŒπ€πƒπ€ππˆ 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π

YBrs.Tuan Pengarah KPDN Kelantan telah bersama dalam ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‰πˆπ–π€ πŒπ€πƒπ€ππˆ 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan dan Jabatan Penerangan Negeri Kelantan di Pekarangan Rumah Abe Pi Pok Teh, Kg. Chengal, Ketereh, Kelantan pada malam tadi.
Objektif bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat, di samping menguar-uarkan maklumat, dasar dan inisiatif kerajaan, selain berperanan memperkasa usaha penyaluran maklumat kerajaan ke peringkat akar umbi.
Dalam program tersebut diadakan Malam Himpunan Pendekar 2024 dengan kemunculan istimewa Ismail Hantu Raya, Yusof Anak Hantu Raya, Paid Turbo dan ramai lagi. Disusuli dengan persembahan Silat, Tongkat, Boksing, Spelet diiringi alunan Gendang oleh (Osman Hulubalang) dan Rebana.
Program ini juga dengan kerjasama Komuniti Madani KRT Kg. Chengal dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Chengal.
Turut bersama YBrs. Tuan Muhd Nor Aswadi bin Md Nor, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Kelantan dan YBrs. Tuan Haji Hishamuddin bin Ab. Rashid, Ketua Penolong Pengarah MKN Negeri Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.Β  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR Β KOTA KINABALU: Sindiket β€˜bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …