PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI DAERAH KUALA TERENGGANU

Jabatan Penerangan Daerah Kuala Terengganu bersama Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu telah berjaya mengadakan Program Jiwa Komuniti MADANI Daerah Kuala Terengganu pada 20 Mei 2024 bertempat di Duyong Marina, Kuala Terengganu. Program ini bertujuan untuk mendekatkan agensi-agensi kerajaan dengan komuniti Cina di negeri Terengganu serta mendedahkan mereka dengan isu-isu semasa terutama berkenaan kesedaran keselamatan negara. Turut dijemput sama dalam program ini ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Terengganu dan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Terengganu.

MKN Negeri Terengganu berkongsi maklumat mengenai isu-isu keselamatan negara serta menekankan tagline “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama” yang mana peranan dan tanggungjawab segenap lapisan masyarakat dan keseluruhan jentera kerajaan adalah penting dalam menangani keselamatan negara.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti Cina yang berpendapat program seumpama ini perlu dipanjangkan kepada komuniti Cina yang lain bagi memastikan lebih ramai komuniti Cina yang cakna dengan keselamatan di sekeliling mereka.

Artikel/Berita Terkini

Pagi Lebih Tenang, Perjalanan Lebih Selamat: Adakah Konsep Slow Morning Praktikal?

Konsep “slow morning” semakin popular sebagai satu pendekatan untuk memulakan hari dengan lebih tenang dan teratur. Rutin ini lazimnya melibatkan …

Keselamatan Ergonomik di Tempat Kerja: Mencegah Sakit Leher dan Belakang

Keselamatan di tempat kerja bukan sahaja berkaitan dengan pencegahan kemalangan tetapi juga merangkumi penjagaan kesihatan fizikal pekerja. Salah satu masalah …

Adakah Dron sebagai Satu Ancaman?

Penggunaan dron semakin berkembang seiring dengan kemajuan teknologi dan kini dimanfaatkan dalam pelbagai bidang seperti pertanian, pemantauan, fotografi, penghantaran barangan …